SENYUM TAK PERLU KATA APA APA :D

Assalamualaikum. . .

Sihat hari ni ? Alhamdulillah kalau sihat, sape yang sakit p makan ubat tau. nanti sakit. cian korang da tak boleh nak wat pape sangat. jawabnya rehat jela. ^-^

Hurm.. korang, korang nak lebo kan mulut tu susah sangat ke ? susah sangat ke nak senyum tu ? ish ! sedih la aq time tadi bawak moto nak p umah kawan aq. aq try la senyum at orang orang yang ada at sekeliling situ.. hampa betul la T,T. semua buat muka ketat jek =,=' hadoii !. aq pun tak faham. Dalam islam kan dah cakap senyuman itu adalah sedekah. tak gitu ? benda paling mudah aq rasa. just simple smile. ala senyum je.. macam makcik ni senyum:




Haha :P so apa susah ? senyum jelah.. bak lagu Malique dan najwa 'Senyum tak perlu kata apa-apa' hehe. senyum pun nak kena ajar ? oky oky. macam ni --> Bukak Mulut sikit pastu Lebokan Bibir. nak lagi menawan ? tunjukkan sinaran gigi putihmu itu . hehe. 

Bila kita senyumkan nampak lawa. manis je muka kita. bila orang lain tengok sejuk je mata memandang. tak gitu ? tak de lah orang takot nak tegur korang bub takot tengok muka macam nak makan orang tuhh. tak mahu la muka tu masam-masam ni. tak bape nak comel la. hee ~ kalau tak pun boleh wat senyuman yang menggoda sikit.. huhu.. tengok macam Lisa Surihani ni:


kajian mengsahkan bahawa bila kita senyum, akan kelihatan awek muda. betul tak ? ala kan korang selalu dengar pasal nihh.. so, kalau nak kelihatan awek muda macam awek at atas ni. senyum je lah. hehe kalau masam je muka tu, alamak lah muka korang tu cepat berkedut. tak nakkan ? so senyum lah :-) sape yang tak biasa nak senyum tu.. cube-cube la biasakan diri tu untuk senyum.. lawa lah kalau korang senyum.


bak kata pujangga "senyum itu kelopak. ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya." maksudnya, senyumlah dan diiringi dengan ketawa. kan nampak gembira. satu lagi. aq da baca satu sumber ni. mengatakan berlaku di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajarkan siswanya untuk SENYUM. William Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperoleh  dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang". Yang paling penting, Rasulullah bersabda senyum kepada saudara kita adalah sedekah. Sedekah itu adalah ibadah. ini bermakna alangkah banyaknya peluang kita untuk beribadah.

jadi, marilah beramai-ramai kita jadikan senyuman ini satu amalan kita pada setiap masa tak kira dimana anda berada. Nasihat ini bukan saja aq tujukan untuk korang sahaja tetapi untuk diri aq sendiri.

 

                SENYUMLAH WAHAI KAWANKU !! =D