Kiri + Kanan :)


Ada beberapa orang tanye kat aq,  

macam mana kau boleh bercinta dengan sorang kat Sarawak n sorang lagi kat Melaka? 
macam mana korang kekalkan hubungan walaupun jarang berjumpa?
macam mana korang nak kawal perasaan jeles, curiga, was-was terhadap pasangan korang?


macam2 lagi la soalan yg orang bertanya kat aq tentang tu (macam la aq hebat sgt bile org bertanya macam tu kat aq kan..hehe). Bukan nak kata aq hebat tapi soalan2 macam nie aq jawab atas dasar pengalaman aq. Ingat senang2 ke nak jawab ni, Silap jawab, free2 je ade yg bertekak dengan aq nanti..tak mo la bertekak dengan orang tak tentu pasal nie..haha. Membazir masa aq dengan perkara tak berfaedah. (kerek gile..haha).

Mr Jul aq tu orang Miri n aq lak orang Melaka. Mr Jul aq tu bukanla kawan tempat belajar aq mahupun orang yg bekerja di Semenanjung ni. Sama sekali tidak. Mr Jul memang anak jati Miri. Kerja kat sana tapi macam mana aq boleh kenal tu takyah la tahu eh..hehe. Tapi macam mana lak aq leh kekalkan hubungan 3 tahun dengan dia? Bagi sesetengah orang akan berfikir, macam mana aq boleh stay lama dengan Mr Jul aq tu kan..tol tak?hehe. PAstinya ada sebab pernah orang bertanya kat aq macam tu..hehehe.

Dalam sesuatu hubungan tu perlu ada:

  • Sikap saling mempercayai antara satu sama lain.
    mempercayai pasangan kita ada salah satu perkara yg sangat2  la diperlukan dalam hubungan. Kalau korang tak percayakan pasangan korang  macam mana la nak hubungan tu nak terus kekal..tol tak? Tapi macam  susah je kan nak percaya kalau jauh nie, tak nampak ape dia buat kot2  dia keluar dengan orang lain, tol tak? baca kat bawah lak.
  • Yakin dengan pasangan kita 
    Susah sangat ke kalau nak yakin pasangan kita? bagi aq tak da susah mana nak yakin dengan pasangan kita. Kalau kita sayang dan memang mengharapkan hubungan serius hingga ke anak cucu perlula yakin dengan pasangan kita + hubungan yg korang jalinkan.. Tapi peringatan walaupun korang nak hubungan yg serius jangan sampai menggadai maruah diri..ingat tu.amaran keras nie..^_^
  •  Jangan terlalu kongkong pasangan kita
  • Korang nak tahu tak, lagi korang kongkong pasangan korang lagi lah dia nak lari membebaskan diri. Jadi jangan la terlalu kongkong sgt pasangan korang tu tapi jangan terlalu bagi kebebasan sgt lak. At least sekali sekala tanyalah nak ke mana, dengan sapa, pesan jangan balik lewat ke..ape2 pun boleh. Dengan cara macam ni, pasangan korang akan rasa..oo..dia amik berat gak kat aq.. Kalau korang bagi kebebasan sgt nanti pasangan korang akan fikir, ala dia tu bukannya nak kisah aq pergi mana. Jangan biarkan pasangan kita berfikir macam tu sebab perkara boleh menyebabkan adanya orang ketiga nanti..merana oo nanti..haha.
  • Jujurlah
  • Jujurlah dengan pasangan korang, kalau korang menipu silap haribulan korang pun akan ditipunya nanti. Kalau kita nak pasangan kite jujur dengan kite, kite perlu jadi jujur dulu..ok ^_+
  • Bergurau senda sekali sekala
  • Jangan amalkan selalu kata-kata yg sangat serius. Maksud aq sekali sekala tu mesej tu bergurau senda la sikit. Jangan selalu dok tanya hal yg sama dan membosankan. Nanti pasangan korang mudah bosan n boleh cari lain. Naya je korang t...hehe.Bagi la sikit ayat yg romantis ke..I love u ke. Kau la pujaan hati ku ke..U la bintang hati ku ke..Kau sentiasa menceriakan hidup aq ke..banyak lagi ayat yg boleh korang bagi kat pasangan korang. Janji segala ayat korang tu memang lahir drpd hati dan ikhlas.
  • Perlu ade persefahaman dan tolak ansur
  • Perlu ada air dalam sesebuah hubungan tu, jangan dua2 jadi batu @ air. Nanti kalau ade salah faham sapa yg nak mengalah? salah sorang perlu mengalah. Jangan mengeruhkan keadaan lagi. Jangan menambahkan ape dalam pergaduhan, nanti hangus korang yg menangis teresak2..korang gak yg rugi. Jangan ada ego dalam diri tu, ego akan membinasakan hubungan tu. Tak caya tengok kat SINI
  • Ikhlas dengan pasangan dan hubungan
  • Paling2 penting sekali, ikhlas la dengan hubungan yg korang jalinkan tu. Jangan sambil lewa je dengan hubungan korang.
Aq rasa setakat nie dulu la. Kalau ikutkan hati nak je taip panjang2..haha tapi kalau aq taip panjang2 satg ade yg malas nak baca lak kan..lain kali aq akan sambung lagi..InsyaAllah.Kalau ade kemusykilan n nak tanya pendapat, boleh tanya aq kat FB. InsyaAllah aq akan bantu ^_^

p/s : tak susah sebenarnya nak ada kan hubungan jarak jauh nie. Aq dah laluinya jadi aq tahu la ^_^ Kadang2 ade perkara yg kite perlu ubah mengikut keadaan ^_^